Assalam..
((POST KALINI TAK SESUAI KEPADA YANG TAK BERMINAT TENTANG SKINCARE ^_^))
So, today aku nak share a product skincare yang aku guna sekarang. A really rare and tak berapa nak popular sangat di area Semenanjung Malaysia dan agak HOT di SS terutamanya di Sabah. Foundernya cantik molek Kak Echa daripada Sabah.
Ok straight to our topic. Eskinol atau kata singkatnya EJ ni ade banyak set. Mini set, Chibi Set, Super Mini Set, Regular Set. (entah betul ke tidak aku list kan ni)
EJ yang aku tengah guna ada 5 item! Bukan yg macam skincare lain yang hanya sediakan 3 item. But EJ, very affordable dan paling peting tahan lama yg amat. Itemnya terdiri daripada :- Deep Cleanser Soap(oren-kulit berminyak) , Hazel Day Cream 7g, Pearl Night Cream 7g, Serum Berherba 15 ml, and item yg paling favourite Instant White !! Nak tengok gambar, nanti aku post di bawah yer!!
EJ masih belum keluarkan toner sebagai pelengkap skincare but hey I ade my own favourite toner from my very own product Miracle Water Spray(MWS) drpd Kangen Water <3 1 year and half rasenye aku gune MWS and memang tak miss everyday. Nanti2, ade masa aku akan buat satu post about MWS k!
Aku dah pakai EJ almost sebulan, huhu ye baru je sangat dah gatal tangan nak share
So, just fyi nak bagitau my skintype is Oily-Combination Skin type and my skin very easy untuk dihinggapi jerawat-jerawat yang tidak bertauliah.
|
This is how the packaging. So simple and nice! |
|
The side look. |
|
Ini adalah full set nye. Soap barnye ade ye nanti sy pos di bawah!! |
|
Ni soap bar yg telah dicairkan, EJ punye konsep memang ceni. Soap barnye nak jimat guna, cairkan and letak dalam botol spray, nak guna, just tingal spray dlm 3-4 kali and cuci muka! (dlm gambar tu dah nak habis :'D) |
|
Ni soap bar yg dalam mini size. Separuh tu nk sebulan guna ok! Jadi sabun EJ Deep Cleanser ni sgt tahan lama! Potong separuh then rendam dalam botol spray! Mana nak cari soap bar yg halus sekeping ni akan tahan 2 bulan. Very worth to buy! |
|
EJ Pearl Night Cream. Night cream yg very consistency but bila dah apply on face tak rasa heavy and for sure bangun muka tak berminyak. Night cream aku memang selalu miss nak guna sebab terlalu penat dan lupa nak cuci muka. |
|
EJ Hazel Day Cream ni aku guna lepas Instant White. Basically aku akan guna sebagai alas bedak and sangat suka sebab akan buat muka nampak smootth~ Tapi kalau aku malas nak calit, aku tak pakai pon. Ni pun sangat tahan lama. Aku yakin day cream ni tahan lebih 2 bulan. Yang ni kena calit banyak sikit muka sebab dia bukan easy to blend. |
|
Ni la rupanya bila kita dah calit. Warna day cream ni aku suka~~ |
|
Ni dah lepas blend! Dia ade brightening effect. Macam pengganti bedak compact pun ade jugak. |
|
Warna dia cerah kekuningan. Untuk muka gelap aku tak sarankan guna melainkan korang sanggup nak berwajah kelabu. Huhu! |
|
Ni serum berherba. Aku pakai ni every day morning and night. Malam tu ade jugak ter miss. Tapi untuk morning, aku takkan miss. Ni bertindak sebagai booster. And paling penting serum ni water-like gel. Tak melekit langsung bila pakai untuk kulit aku yg jenis berminyak ^-^ Pakai 4 dot dah cukup untuk satu muka. Takyah pakai bebanyak melainkan korang rase nak habiskan cepat. Tapi aku sayaaaaangg <3 Ni nak guna dia macam ade penitis. |
|
Ni la product yang paling aku sayang dalam rangkaian EJ ni. Instant white. First apply, jujur aku tak berapa suka. Tapi dah 2-3 hari guna, tetiba dah jatuh cinta<3 Ni bertindak macam moisturizer yang ade brightening effect sekali dgn uv protection. MashaAllahhh!! Sape nak lepaskan krim yg 3 in 1 ni! Lepas sapu, confirm boleh buat muka korang glowing. Sape yang malas nak tepek foundation, boleh guna nak kasi muka nampak ada aura sikit. |
|
Ni description nya. Pandai baca kan, takyah terang pon takpe. |
|
Ni ha krim nya, Lighting yang tak berapa ok ni takleh nak tengok warna krim yang sebenarnya. Warnanya putih ke-pink-an. I very loikeeee~ |
|
Ni selepas nak diblendkan, creamy dan krim ni akan melembapkan. Takyah tonyoh moistrizer, ni pun dah cukup sebenarnya ^-^ |
|
Selepas blend. Aku tak pakai kat tangan pun EJ tapi ni just nak tunjuk how it works ;) |
|
Ni rupa depan. Harga aku beli RM86 tak silap. Nak beli korang boleh je cari #EskinolJapan kat insta. Cari la penjual pilihan hati korang. Sangat worth to try sebab aku pakai dah sebulan dah masih banyak, tak cepat habis.
So, jom review every each product kay!
*EJ Deep Cleanser- Cleanser ni mampu hilangkan cream-2 yang aku pakai tu dan tak mampu la nak hilangkan make up walupun it states there deep cleanser --" Aku pakai cleanser ni 3 kali sehari maximum. Day-Evening-Night and minimum 2 kali sehari Day-Evening. Bau nye yang harum semerbak fresh-mandarin like smell.
*EJ Serum Berherba- Serum ni aku pakai lepas cuci muka and letak toner. Just 4-5 dots Dahi- 2 belah pipi-hidung-dagu. Muka tak kering sangat lepas cuci muka. Muka softtt~~ takde dah kasar2.
*EJ Instant White- Aku pakai IW ni lepas serum dan kalau aku rase nak keluar, sebab consistency dia creamy so aku tak pakai la IW ni semata-mata duduk ruma kay! Bila rasa nak gi kedai ke pasar malam aku pakai IW ni jer without day cream sebab aku ni pemalas sebenarnya. haha! Pakai IW ni memang akan buat muka kita kilat glowing dan aku akan tepek dengan baby powder lepas pakai sebab aku tak suka nampak glowing sebab pakai krim, sebab nampak sangat tak natural! Bau dia yang wangi amat sangat buat aku makin jatuh cinta. Haks <3
*EJ Hazel Day Cream- Ni bertindak sebagai alas bedak aku la. Lepas pakai IW memang kulit nampak glowing dan aku tak berapa suka kulit nampak kilat sangat, jadi aku pakai Day Cream utk hilangkan sikit kekilatan (tu pun kalau rajin). EJ day cream ni nak kata conceal parut2, tak lah sangat tapi dia boleh samarkan flaws yang menapak di muka.
EJ Pearl Night Cream- Agak pekat tapi tak melekit. Taktau nak cakap apa tentang night cream ni sebab aku selalu lupa nak pakai. Kan aku dah cakap aku ni malas!
Overall rate, 3.9/5 .
Puncanya sebab masih tak dapai selesaikan masalah kulit berjerawat aku. Tapi sumpah aku cakap, lepas guna EJ dekat sebulan jerawat kat dahi dah jarang muncul KECUALI kulit aku breakout sebab faktor tertentu yang berpunca dari makanan (fastfood is my bestfriend) STRESS!~ (SPM is near!) Hygiene (Aku ade bantal peluk dan aku tak basuh bantal tu every week jadi tau tau la kuman dah berkampung pastu kena muka) Scars acne area pipi aku tak hilang semuanya tapi I notice ade improvement about 45% . Barang bagus tak bagi effect seminggu dah berkesan. Mohon melekat di kepala.
Nak bagi notice, aku memang suka tukar product and tu memang dah jadi kelaziman untuk tukar skincare selalu. Walaupun mama aku selalu marah bila aku tukar yang lain. HAHAHA I AM JUST ADDICTED TO TRY EVERY SINGLE THING. BUT my skin tak react teruk-teruk just semata2 tukar product selalu. Every 2-3 months I will change new product. Jadi jangan pelikla asyik ade je new post tentang skincare.
Tu je kot untuk post kalini sebab aku pun rase panjang sangat dah tulis dari petang tadi. Haks!
Stay tune for next update about new product to be shared! iShareBCSiCare <3 xoxo
Nak tanye pape boleh komen or email aku or hantar msg thru fb aku Aliaa Aimi Nasaruddin.
|