Assalam!
So harini 1 November maka sangatlah dekat dengan tarikh keramat untuk aku menabur semua ilmu yang aku belajar selama ini ke kertas soalan SPM pada 7 Nov ini! Perasaan berdebar semua ada, tapi kita kena ok-ok kan jerrr...
So kak Ummi harini ajak keluar makan untuk menyambut birthday aku yang kan menjelang pada 10 Nov ini. Jadi amatlah mustahil nak pergi sambut pada tarikh tersebut memandangkan aku sedang berperang pada saat itu, dan kak ummi pun dah balik ke UUM nya jauh nun di utara sana.
So kak ummi kata nak belanja aku makan dan mencadangkan tempat makanan pilihan hati, aku bab nak pilih tempat makan adalah sangat susah, lalu melantun lah dari mulut kak ummi list2 tempat makanan, Jadi Secret Recipe menjadi pilihan hati, seperti tahun lalu aku juga menyambut birthday aku bersama dia di sana.
Jadi sambil bercerita pasti ada gambarnyeee, ye dak? Tanpa gambar, amat bosan lah entry aku... ibarat lagu tanpa melodi gitewww. EH yeye je aku nak mengibaratkan... jangan guna ungkapan tu dalam exam nanti ;'D
Jadi ikutilah susulan cerita petang tadiiiii di bawah yer,
Ini muka lepas bangun tido sebenarnyaa.... tapi dah cuci muka sebelum keluarr... dan itu bare face aku. Amatlah tidak menawan sekali muka aku. Tidak se-flawless seperti sangkaan korang.... huhu
Menurut entry aku yang lalu, aku takkan miss pakai instant white aku bila keluaq, jadi jom kita tenyeh mende ni di muka supaya ada aura positif (konon2 jer) Buat tambah keyakinan sikit. Kadang2, pakai mende macam ni orang sangka nak kasi cantik jer, tapi itu bukan main aim aku. Aku pakai ni, first adalah untuk protect from uv walaupun petang tidaklah panas terik tapi sinaran uv tetap membolos di muka bumi ini. Kedua adalah untuk membina keyakinan atau konfiden supaya tidaklah rasa kecil kerana muka yg tak mulus seperti Nora Danish.. gitew le~
Jadi separuh tu aku dot2 kan di muka, kenapa aku pakai dalam kereta? Sebab aku memang cam tu. haha!
Dan, ini setelah di-blendkan. Lihatlah perbezaan di sebelah kiri (with) sebelah kanan (without) Sape cakap takde beza hangpa kena pergi optometrist yer!
Jadi tulah wajah aku selepas bekerjasama dengan instant white. Baru bermaya~
Walaupun aku pakai camera yg skrin tak boleh lipat, selfie tetap tidak berpisah. Apa adik aku buat dekat belakang tu korang anggap dia lapar jelah~
Ni kakak aku yang sanggup menabur duitnya untuk belanja aku makan. Takpelah kan, buat saham jariah :*
Selepas sampai ke destinasi, nilah muka lapor~~~
Ni adik aku, Ulya Muhayya umur 4 tahun. Dan sangat annoying jugak kadang2.
Ni bakal akauntan, Ummi Hani.
Bergambo la dengan keropok udang (ke?) Keropok free.
Ni antara wajah kenikkmatan selepas dapat minum Strawberry Milkshake nye~
Oleh kerana, kesihatan aku kurang baik (sakit tekak, baru lepas demam) aku mula berjinak dengan dengan minuman panas. Minuman yang jadi pilihan hati, adalah Caramel Latte
Point mereka letak kacang tanah masih belum dikenal pasti. Mungkin untuk hiasan. Aku bukan penggemar kacang tanah~
Adakah ini juga wajah menikmati?
Ini lah menu yang menjadi takdir aku petang tadi iaitu Spaghetti Meatball. Mula2 sampai, sedetik dua deti aku tertanya adakah 5 ketul tu Meatball atau cekodok pisang? Anggap jelah itu memang style penyediaan nya.
Menu kak ummi ini adalah sebenarnya aku dulu nak order, oleh kerana dia telah menuturkan hasratnya untuk makan jadi aku sebagai adik, hold dulu~~ Menu yang menjadi rebutan 2 gadis ini ialah Prawn Macaroni with Cheese.
Cekodok tak cekodok, habis jugak!~ Orang belanja, kita makan jelahhh.. Nak tunggu duit sendiri, 2 tahun lagi belum tentu. haks Adik aku yang kat belakang tu, korang anggap sticker je lah.
Imperession kak ummi korang describe sendiri. Muka kenyang? Muka sedih memikirkan duitnya yang bakal diberi kepada cashier?
Dah habis pun tangkap ke? buat kenangan gitew.
Ni muka menyesal tak order makanan atau kenyang minum milkshake aku pun tak sure.
Mari berbicara dengan minuman yang dinamakan Caramel Latte. Aku order minuman ni dengan harapan yang melintas di hati rasanya yang kaw dapat buat jiwa aku yang malap ni makin segar. Tapi pew, sesedut je sekali, rasenye terasa seperti Nescafe Caramel Latte. Aku juga penggemar minuman kopi ni dan jenama Nescafe bukan lah satu nama janggal lagi. Since, gelas yang aku mintak ni gelas besar. Yang aku dapat rasalah hanyalah susu dan samar2 caramel dan sedikitlah rasa latte.
Biasa bila aku bancuh kopi aku akan guna cawan yang kecik saiznya supaya rasa kaw tidak hilang. Tapi apakan daya. ~~~
Ni keropok udang. Tak habis sebab tak kena dengan kombinasi menu kami harini. huhu!
Setelah siap makan, kita pilih kek pilihan hati pula....
Gambar perut buncit atau gambar jalan aku pun taktau motif aku
Merekalah peneman aku untuk harini <3
Muka kekenyangan. Pipi makin memontel. Biarkan!~
Inilah kek pilihan hati aku Chocolate Brulee.
A delightful chocolate-centric vanilla crème brulee treat set in three distinctive layers of mud cake, brulee and couverture chocolate mousse topped with a thin chocolate glaze. Enjoy this silky smooth creamy brulee with bittersweet notes on crisped croquantine base.
Untuk kek ni, aku bagi 5/5 sebab everything yang ada dekat description semua benar. Dapat rasa kepahitan dan kemanisan coklat tu!
Ini pula pilihan yang kedua iaitu Turkish Indulgence
Medley of chocolate and light cream topped with pistachio crumbles, embedded with aromatic rose flavoured Turkish candy, soft marshmallows, crunchy pistachios and a coating of dark couverture chocolate.
Rate aku untuk ini pula 4.5/5
Bagi aku Secret Recipe ini hanya pakar dalam kek sahaja, untuk makanan yang lain aku tak suggest korang makan disini. Bukan tak sedap, tapi rasanya mungkin tak capai expectation korang. Tapi, taste lain2, mungkin korang suka ^_^ Sekian ceritera aku untuk harini.
Terima kasihla sebab sudi luang masa membaca entry yang meraban ni. ok itu sahaja untuk harini!!!!!